Adventure
Ao Nang
Ascot Krabi
Krabi Trip | Day 2 : Tiger Cave Temple, Hot Stream, Emerald Pool, Elephant Trekking
Wednesday, March 21, 2018DearestDeasha
Assalamualaikum semua..
Yaa ampun. Aku janji dengan diri sendiri nak update pasal Krabi ni. Dekat dua tahun mereput dalam draft aje.
Day 2
Good morning from Krabi! Pukul 6 pagi dah cerah. Lena tidoq malam tadi rasa taknak bangun.. tapi bangun la jugak pasal aku dah semangat nak terjun dalam laut.
Kengkonon nak sewa motor, merempit cari breakfast. Tapi lepas siap2 dh dekat pukul 8. Tour datang pickup kat hotel pukul 8.30am. So kitorang decide nak jalan kaki je cari breakfast. Tengah syok berjalan, tetiba abang tuktuk pin-pin kitorang.
Dia kata, "Food? Want halal food? I bring you." Lebih kurang camtu la bunyinya.
"Good food, I bring you.. Muslim.. Cheap." Dia sambung lagi.
Kitorang pon angguk je la. Dah lapar. Kita ikut je la. Lagipon dia kata dia nak bawak jenjalan. Hurmm belasah aje la.
Abang tu bawak kitorang kat mana tah. Dekat2 dengan Stadium Muay Thai Krabi.. lalu jalan pasar malam. Pastu sampai la kat sebuah kedai makcik muslim.
Aku mengharapkan ada nasi lemak, roti canai, teh tarik... LOL dalam mimpi la!
Seberang kedai tu ada kedai muslim gak confirm ada ramai orang Malaysia gi sana. Macam mana aku tau? Pasal terang-terang ada logo 1Malaysia kat situ. Hahahahaha. Ok la esok plan nak gi situ la.
Habis pekena pulut + ayam goreng, cakoi versi krabi, teh panas. Layan jugak la. Abang tuk-tuk offer nak bawak kitorang jenjalan lagi. Tambah lagi 200baht. Huhu takpe la bang..
So kesimpulannya kitorang kena 100baht sorang. Total 200baht. Lebih kurang sama harga kalau kitorang sewa motor dan pusing-pusing cari kedai makan sendiri. Takpe la.. kira sedekah. Rezeki abang tuk-tuk hari ni.
Pukul 8.30am tour datang pickup. Bila berkumpul dan tour buat arrangement, sekali pakej kitorang kena tukar. Patut hari ni island hopping ditukar jadi trip ke Emerald Pool & etc. Aku dah siap2 pakai baju renang dah sebenarnya. Dengan pasrah kitorang ikut je la ape yang dah arrange untuk hari ni.
Tiger Cave Temple
Tempat pertama untuk hari ni ialah Tiger Cave Temple. Kira-kira 30 minit dari Ao Nang. Tempat ni tak masuk pun dalam pakej kitorang, tapi kan tour dah tukar arrangement, kitorang ikut aje la.
Bagi sesape yang suka hiking & naik tangga, memang sesuai sangat la. Ada lebih kurang 1200 anak tangga untuk sampai ke tempat paling tinggi dan boleh tengok view seluruh Krabi.
Untuk aku, naik 10 anak tangga dah mengah, ni kan pulak nak naik beribu-ribu. Tobat aku taknak. Naik sikit sampai satu pondok rehat, stok orang Malaysia je lepak situ. LOL. Semua penat!!!
Sini banyak monyet dan anjing. Seram tau kalau kena kejar dengan monyet. Sepanjang tangga ade je monyet menempek situ. Lepas sejam lebih, kitorang gerak pegi tempat seterusnya. Sorang pakcik & makcik omputih ni nampak penat sangat, muka dah merah tapi macam enjoy gila. Rupanya dia naik sampai atas nun sana. Gila hebat! Aku yang muda ni pon tak mampu.
Hot Stream/Hot Springs
Perjalanan kira-kira 1 jam dari Tiger Cave Temple. Aku bab mandi-mandi ni memang suka. Dalam 5 minit jalan dari entrance, maka sampailah ke kolam. Kolam air panas ni air dia suam-suam kuku. Takde nak citer sangat, yang aku tau time balik tu aku pekena ayaq nyoq. Layazzzzz..
Emerald Pool
Yang ni la tempat yang aku paling nak pegi sekali. Kira-kira 10 minit dari Hot Spring. Sampai je terus makan lunch kat situ sebab lunch dah termasuk dalam pakej. Elok je awek bertudung serve nasi goreng, sekali lepas tu bila mat saleh order beer dia pon serve sekali. Erkkkk...
Kitorang makan cepat-cepat sebab tak sabar dah nak masuk kolam. 15 minit gak la menapak masuk dalam. Disebabkan kitorang sampai pon dah tengah hari, kolam tu dah penuh dengan manusia. Air masih biru tapi dah tak jernih. Kalau nak ke Blue Pool, kena menapak lagi 600m. Kitorang dah malas, terus nak masuk air. Lagipon nak cepat dan Blue Pool tak boleh mandi atas sebab menjaga kemurnian dan kesucian air itteww. Dikatakan ada pasir jerlus jugak kat situ.
Nak turun ke Emerald Pool tu kena hati-hati. Batu-batu situ licin dan berlumut. Air tak dalam sangat, takat paras dada aku je. Syok woh kitorang berenang-renang! (padahal kuak-kuak aje pon, kitorang tak pandai berenang).
Pastu aku pon berenang la ke tepian deck kayu. Sibuk nak selfie bagai. Sambil pegang deck tu aku pon nak la record aksi-aksi aku dalam air kan. Siap nyanyi2 lagi. Nak dijadikan citer, aku pon berjalan dalam air sambil record kat phone.. sampai la tiba-tiba kaki aku tak jejak dasar kolam. Ape lagi.. terkapai la aku kat situ hampir lemas. Nasib kawan aku tarik aku ke tepi. Fuh.. kus semangat.
Baru nak bertenang lepas hampir lemas, sekali lagi aku kus semangat sebab tersedar handphone aku dah hilang. Agaknya time aku terkapai tadi mesti terlepas dari tangan dan jatuh ke dasar kolam. Huhu. Aku cuba la menyelam nak cari tapi situ la tempat aku lemas tadi.. dalam woh (tak dalam kot.. aku je yang pendek). Aku cuba kais kais dengan kaki tapi tak jumpa jugak. Aku dah mula nak nangis...
Tetiba nampak satu couple omputih yang satu van dengan aku dok berenang di tepian situ jugak. Tanpa berfikir panjang aku mintak tolong dari diorang. Diorang kan tinggi mesti at least sampai kalau nak kais kaki. Mula-mula si awek nak tolong, tapi pastu bila tak jumpa dia macam malas nak tolong aku dah. Tapi boifren dia baik still nak tolong aku. Dan... akhirnya dia berjaya dapatkan handphone aku yang kat dasar kolam tuh!! Thank you so much random couple!
Selepas tragedi tu, kitorang pun berenang lek-lek aje. Pastu kitorang pon nak balik ke van dan tetiba hujan lebat gila. Mujurlah tak duduk dalam kolam dah. Kitorang berteduh jap kat sebuah pondok. Random couple tadi pon datang berteduh sama lalu terus kiss comolot tanpa menghirau kami semua kat pondok tu. Cuci mata siottt!!
Elephant Trekking
Destinasi terakhir adalah naik gajah. Ingatkan tak jadi naik gajah sebab macam dah lewat aje. Nasib la sempat. Ada satu couple dan anak diorang yang excited gila, rupanya anak dia tu sindrom down dan tu la tujuan parent dia bawak dia ke Thailand, sebab dia nak sangat naik gajah.
Sampai la turn kitorang nak naik pulak. Macam kesian pun ada. Ye la, aku kan berat macam gajah jugak. Trekking ni ada la dalam 15-20 minit pusing-pusing hutan tu. Lepas habis, van pon hantar sampai depan hotel.
Maka tamatlah tour kami hari ni. Kami pon balik ke hotel, mandi-mandi, rehat jap, keluar makan dan cuci mata lagi. Pastu tidoq.. esok nak pi laut. Weehooo!
Bersambung..
Krabi Trip | Day 1 : From KL to Ao Nang
Krabi Trip | Day 3 : Koh Phi Phi, Krabi Night Market