ambuyat Brunei

Trip 2016 | Jenjalan ke Miri!

Wednesday, April 27, 2016DearestDeasha

Assalamualaikum uolls..
Berhabuk sungguh blog ni. Kesian blog ni.. tuan blog asyik rasa malas je nk update.
Anyway, disebabkan dah lama tak post, banyak yang aku nak update sebenarnya.

19/2/2016 : Secara officialnya aku mulakan aktiviti jalan-jalan untuk tahun 2016. Kalau dekat-dekat tu tak kira sebab definisi aku jalan-jalan ialah naik kapal terbang. LOL.

So February lalu aku mulakan langkah ke Miri! Kenapa Miri?? Hehe.. just casual reason, nak melawat bandar, jumpa kawan-kawan, untung nasib dapat la jejakkan kaki ke Brunei. 
Khamis malam Jumaat tu, aku meet-up dengan kawan aku D, lepak sama-sama kat Sultan, Cyberjaya sebelum naik flight pagi Jumaat. Punyalah awal pagi sampai aku tido lena tak sedar diri Subuh tu kat bawah kerusi boarding area. Tu la malam tu dok galak menyembang. Hahaha!

Perjalanan ke Miri mengambil masa 2 jam 30 minit so ape lagi.. aku tidoq la! Dah sampai Miri, B iaitu kawan kepada kawan aku, D tu datang jemput kitorang dan bawak ronda-ronda bandar Miri. Its a very nice place. Tak besar sangat bandar dia, macam Ipoh pon ade gak rasa. 

Dah ronda-ronda pastu pegi lunch pulak. Mestilah aku nak makan something local kan, so aku makan mee jawa, which is nak kata macam mee rebus pun tak, mee bandung pun tak. Hurmm.. rasa authentic Sarawak la kot. Hehe. Lepas kenyang kitorang singgah ke rumah B sekejap untuk rehat-rehat.

Mee jawa

Mee kolok

Lepas rehat kitorang terus ronda-ronda Miri lagi. Disebabkan aku jetlag (LOL, jetlag sangat), boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu aku jadi zombie. 

Oh, yaa. Sempat jugak aku jumpa housemate lama yang dah lama tak ketemu. Last jumpa waktu wedding dia, sekarang ni dah beranak satu dan dah menetap di Miri. Time ni la nak bergosip sakan ala Mak Jemah. Hahaha!

Mun and her baby, Nina

Esoknya, hari Sabtu, kitorang pegi breakfast laksa sarawak dan teh C di restoran Kornia's Recipe. Memang terbaiklah sebab antara semua laksa kat Malaysia ni laksa sarawak tu favorite aku. Lepas kenyang macam ulaq sawa kitorang pon memulakan perjalanan ke Brunei. Naik keta je weh!! Wooooot!!

All time fav: Laksa Sarawak in da house!!

Dari Miri ke border amik masa dalam sejam. Dalam perjalanan tu kitorang singgah kat E-mart Supermarket, Tudan dan pegi tukar duit Brunei kat sana.  Setibanya di Sg Tujuh Checkpoint, excited pulak aku sebab tak penah lagi cross country ikut jalan darat. Ni kira first time la. Kasi passport dari dalam kete je, bukak tingkap bagi diorang tengok muka sikit, chop-chop, dah setel. Maka sampailah aku ke Brunei. Welcome to Kuala Belait! (border Brunei-Malaysia)

Plan asal nak pegi makan kebab yang diorang kata sedap tu. Ramai kawan aku recommend, tapi apakan daya, takde rezeki. Sampai je kedai tu, tutup la pulak. So kitorang pon pegi la makan kat Jolli Bee (fastfood ala-ala KFC). Sedap ayam goreng dia dan kitorang pon makan dengan riangnya. Hehe..

Rupanya kalau nak ke BSB (Bandar Seri Begawan), jauh lagi, amik masa dalam sejam ke dua jam lagi nak ke sana. Kitorang tak ke sana pon sebab kawan aku cakap kat sana takde ape sangat, habis masa seharian je dalam kete nanti. So aku ikut aje kawan-kawanku itu. 

On the way nak balik, aku request singgah kat mana-mana mercu tanda yang ada sign Brunei. Mestilah nak bukti kot selain chop passport walaupun masuk kejap je. Pastu ade nampak satu sign yang macam best, kitorang pon berhenti dan aku pon posing la kat situ ape lagi kan. Then ade pulak la makhluk yang swiitt-swiit aku disebabkan aku pegi bergambar kat signboard tu. Ah, persetankan aje diorang tu. Jeles lettewwwww. Hahaha..

Pastu kitorang pusing-pusing lagi dan jumpa pantai yang cantik gila! Aku kan suka pantai, jadi aku memang excited sangat kat sini. Angin Laut China Selatan memang kuat, hampir nak tercabut tudung aku ni. Ade pulak port nak selfie baik punya kat sini. Even kawan aku tu pon tak penah sampai tempat ni, kira macam explore tempat baru la. Kat sini jugak ada replika (ke yang betul aku pon tak tau) mesin penggali minyak. Almaklumlah, tanah kat Brunei ni kan semuanya ada minyak. 

Asalkan ada sign Brunei. Bukti dah sampai Brunei. LOL.

Tengok tu.. betapa kuat angin laut..

Gali minyak

Selfie sket 
Minyak berjuta-juta lemon

Habis selfie kitorang pon balik Miri dan sambung lepak lagi di Beach Republic sambil tengok sunset.

Hari Ahad, free and easy aje kat rumah. Malam yang kedua ni aku stay kat rumah family B. Malam sebelumnya di rumah cousin D. Aku dan family B ni sama-sama masak lauk tengah hari. First time aku makan linut/ambuyat. Makan sama sayur midin, sambal belacan, lauk udang dll. Patutlah dari semalam dok tengok diorang main mata sambil buat isyarat makan. Layan oooohh.. Rupanya mengikut kepercayaan orang sini, kalau nak masuk linut ni tak boleh bagitau dulu, kalau tak tak menjadi benda tu. Baru ku tau... Linut ni makan sikit je dah kenyang gila. Ni la makanan petani-petani untuk kasi tenaga kat diorang. 

Lepas makan, aku pon pack barang nak balik. Sebelum tu kitorang singgah beli pes laksa sarawak, kek lapis sarawak, terubuk masin dan sayur maman. Flight jam 7 dan kitorang pon berangkat ke KL..

Thank you so much kepada D & B yang sudi bawak aku jalan-jalan sini. Dapat jugak akhirnya ke sini. Terima kasih jugak kepada family & kawan-kawan diorang yang sudi layan aku macam family/kawan sendiri. Terharu sangat dapat layanan yang sangat best. Datang KL ni roger-roger la inshaallah kalau free aku boleh bawak jenjalan. 

Orait. Itu saja.. Tunggu post baru untuk trip bulan 3 dan 4 ni. Nak ke mana? Jeng.. jeng.. rahsia. 
Kbai. 

p/s: More pictures incoming...

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Contact Form