Adventure Ao Nang

Krabi Trip | Day 1 : From KL to Ao Nang

Friday, November 14, 2014DearestDeasha

Le Krabi trip with BFF!! Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk melancong ke Thailand. Sampai jugak akhirnya ke Krabi. Cerita dah nak masuk 3minggu baru nak post sini. Muahahaha..

Ini first time aku ke Krabi. Tak banyak persediaan yang aku buat melainkan research pasal aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan kat sana. Konsep holiday kali ni adalah gamble sajer. Hahaha. Sebab ape gamble? Sebab aku pegi berdua je. Tak penah dibuat aku pegi holiday jauh-jauh berdua. Dah la kitorang perempuan.

Tiket flight dibeli takde la awal sangat. Kira2 sebulan sebelum aku fly. Maka harganya takde lah murah sangat. Dalam RM200 gitu. Ade kisah tragis disebalik tiket flight ni. Bersusah payah aku cari tiket flight yang paling murah. Last-last bila nak beli, member aku dapat harga promo, tapi aku plak tak lepas harga promo. Nasib la member aku kata share je harga beza tu. Hehehe..

Hotel pun dah dibooking siap-siap kat Booking.com. Sila ambil maklum yang bulan Julai-October adalah musim monsoon/low season kat Krabi. So harga hotel memang murah. Tapi.. get ready je la dengan cuaca yang tak menentu. Time aku pegi ni dah penghujung musim hujan. Bila peak season harga hotel mencanak naik.. Even budget hotel sekalipon.

Krabi ikimasho!!


Day 1
Perjalanan dari KLIA2 ke Krabi tak lama pon. Dalam 1 jam 15 minit. Tak sempat pon nak berehat dari penat berjalan kat KLIA2 tu. Bapak jauh nak menapak masuk ke flight. Walaupun dah banyak kali melawat KLIA2 tu, ni la first time aku naik flight dari situ.

Touchdown di Krabi Airport kira-kira jam 2.30pm waktu Thailand. Untuk ke pantai Ao Nang, boleh pilih nak naik van atau bas ataupun kalau bajet lebih sikit, setup dengan hotel untuk airport transfer. Lepas turun dari imigresen tu, korang akan digamit oleh gadis-gadis Thai yang nak jual tiket bas/van. Untuk kitorang yang cheapsket nih, kitorang memilih untuk naik bas. Murah sikit, THB 150. Saje nak feeling naik bas kat sini. Perjalanan dari airport ke Ao Nang mengambil masa 40 minit ke sejam.


Sambil kitorang menikmati suasana di Krabi yang lebih kurang sama je macam Malaysia, tup-tup dah sampai. Pakcik drebar bas akan stop betul-betul depan hotel korang tu. Tapi nak kena dengar dengan teliti gak sebab bunyi english dorang ni pelik sikit. Ascot Krabi jadi Akot. Layan je la..

Ascot Krabi
Booking hotel kat Booking.com. Untuk 3 malam cuma THB1650, kira murah la tu. Comel jugak hotel ni. Tersorok gitu. Sebenarnya jauh jugak dari Ao Nang beach tapi kat main road so ok la kot. Kitorang disambut oleh sorang receptionist yang pakai tudung. Ok sejuk sikit hati. Haha. Masuk je bilik, terus lompat atas katil. Pergh.. sedapnya dapat katil. Penat jet lag gituuuuuhhhh.


Ao Nang road
View dari beranda


Ao Nang
Lepas habis melepaskan lelah, kitorang keluar mencari makanan. Dengan knowledge yang zero pasal kedai-kedai halal kat Ao Nang ni, kitorang gamble aje. Nampak je sign bulan bintang kat kedai, kitorang terus terjah. Sign bulan bintang tu tanda halal la kan.

Satu hal harga makanan kat sini, takdelah murah sangat. Mahal ade la. tak payah la nak expect harga murah kat sini. Nasi goreng aku makan tu dalam THB 80. Serupa macam selalu makan kat Cyberjaya ni ha.

Siap makan, kitorang jenjalan sekitar Ao Nang. Banyak kedai halal kat sini. Then, kitorang terus berjalan sampai ke pantai. Dari hotel ke pantai, kalau jalan kaki ambik masa dalam 10 minit gak la.

Akhirnya sampai jugak aku ke pantai. Aku pon keluarkan monopod dan.. Selfie! Haha. Jangan tak tahu monopod tu salah satu identiti orang Malaysia jugak. Bila jumpa orang Malaysia kat sini, mesti ade satu monopod. Syok syok aku nak selfie tetiba ade minah saleh photobomb. Kita layan je la. Haha. Time tu dah nak pukul 6pm. Tunggu sat untuk sunset.. Subhanallah. Cantik gila view kat situ. Rasa tenang aje.. Ni yang rasa tak sabar nak pegi island hopping nih.

Sunset view di Krabi.. Cantik kan?
Sibuk tau nak photobomb :p
But first.. let me take a selfie!

Ao Nang : The Night Life
Kitorang pon terus meneroka Ao Nang. Seronok tengok orang yang macam-macam jenis ni. Cuci mata sikit. Kat tempat yang kitorang jalan tu, banyak kedai sourvenir, bikini, t-shirt, kedai massage dan tour agency.

Tengah syok berjalan tanpa arah tuju, tetiba ternampak hakak-hakak santek. Kerlass tau baju-baju hakak ni. Gaun, Dress, semua seksi belaka. Body takyah cakap, melentik tau. Haa.. ini la definisi cuci mata yang sebenarnya. Hakak-hakak dok promo Cabaret Show. Kalau nak bergambar dengan hakak kena bayar bape tah, kalau nak tengok show THB100 je, free drink katanya. Hehe.. Rasa macam nak pegi je. Ooo.. macam ni rupanya night life kat Krabi. Tengok.. niat dah ada tu. Bongok betul! Hahahaha!

Hakakkk santek. Boleh ngorat tak?

Habis cerita hakak santekk, kitorang pon menuju pulang ke hotel. Kaki aku dah sakit sebenarnya. Lama jugak berjalan tadi. On da way nak balik tu, ade sorang abang dari tour agency dok panggil kitorang.

"Eh, abang tu cakap bahasa melayu fasih betul," tegur member aku.
"Aah la.. Ehh, jom la pegi tengok package dia."

Kitorang pon patah balik pegi kat abang tu. Bukan takde orang promo package kat kitorang tadi, cuma tak berminat sebab kononnya nak amik package kat hotel aje. Tukang promo pon tak pandai english tu yang malas nak layan tuh. Tanya sikit pon tak paham. So, disebabkan abang tu fasih Malay, kitorang pon pegi la kat dia. Senang sikit kan.

Kitorang plan nak pegi Koh Phi Phi, Emerald Pool, Hot Stream dan Elephant Trekking. Lepas diskaun dan harga cincai-cincai untuk orang Malaysia, abang tu kasi harga THB2000/seorang untuk 2 package siap lunch, transport sume.

  • Package 1: Koh Phi Phi, 
  • Package 2: Hot Stream, Elephant Trekking, Emerald Pool + Krabi Night market

Kira ok la tu kan. Semua dalam bajet yang aku kira. Berbaloi-baloi lagi sebab ade tambah lunch dan trip ke night market. Setel sudah tour package. Woohooo.. tak sabar nih!!

Sempat gak aku bersembang dengan abang tu, apsal macam tak ramai orang je malam ni. Dia pon cakap, awal lagi ni. Semua orang baru balik dari aktiviti, nanti malam diorang keluar la tu. Hurmm.. Aku rasa macam dah lama sangat je berjalan tadi, rasa dah macam pukul 11. Sekali tengok jam, baru 7.30pm! Gila awal lagi ni haa.. Patut la abang tu cakap awal lagi.

Thai Pancake
Lepas balik hotel rehat jap, kitorang keluar balik. Malam masih muda kot. Hahahaha! Parti belum start lagi ni.

Dah sampai sini.. tolonglah rasa makanan ni. Wajib tau makan at least sekali. Pancake ni memang the best la. Tak susah pon nak dapat, kat tepi kaki lima je ade jual. Dan kebanyakannya halal. Kat situ jugak kitorang makan, makan panas-panas baru feel. Kedai/warung pakcik tu ade sediakan kerusi. amik dan duduk lah sambil makan.. sambil menikmati permandangan jalan di Ao Nang.. sambil cuci mata lagi.


Mengancam tak?? Serius sedapp!!


Thai Massage
Kalau pegi Thailand, tak sah kalau tak merasa Thai massage. Cuma malam tu aku tak terasa nak buat full body, cukup urut kaki je. Simpan body massage untuk esok lusa, lepas habis sume aktiviti. Average harga ikut tempat jugak. Kalau kat area banyak tempat massage, situ murah sikit sebab persaingan. Nak suruh boi-boi massage pon boleh je. Hihi :p

  • Thai massage: THB 200-250
  • Oil massage: THB 250-400
  • Foot massage: THB 200-250

Massage yang lain-lain tak check pulak. Tapi.. kali ni, aku sikit kecewa sebab yang urut kaki tu tak bape sedap. Macam main-main je dia urut. Ke memang macam tu urut dia. Agaknya tak rasi kot. Hmmm..

Oke lah. Tamat sudah hari pertama di Krabi. Tak sabar tunggu esok!

Oh Krabi!

Bersambung...
Krabi Trip | Day 2 : Tiger Cave Temple, Hot Stream, Emerald Pool, Elephant Trekking
Krabi Trip | Day 3 : Koh Phi Phi, Krabi Night Market


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Contact Form