Ok guys. Selama ni aku memang tak paham macam mana nak buat tukaran mata wang especially bila nak pegi money changer. Main hentam aje. Sape untung, sape rugi.. aku pon dah pening.
Disebabkan aku nak buat tukaran currency tak lama lagi dan kebetulan hari ni aku kena kira sales dan buat tukaran currency, so aku pon google la sedikit sebanyak pasal cara-cara nak kira rates exchange nih, macam mana nak tengok kasi paham, apa itu "We Buy & We Sell" etc.
Ok yang ni penting.
Kalau kita nak buat tukaran ke matawang asing, kita kena tengok harga, "WE SELL/SELLING". Ni maksudnya, diorang (money changer) menjual matawang kepada kita. Ada formula nak kira:-
Duit yang kita nak tukar dalam Base Currrency (MYR) / We Sell x Unit.
Contoh 1:-
Nak tukar RM 1000 ke USD
RM 1000 / 3.3000 x 1 = USD 303.03
Nak tukar RM 1000 ke Thai Baht
RM 1000 / 10.9400 x 100 = THB 9140.76
Let say, lepas jenjalan sume.. korang ade duit baki lagi nak ditukar ke MYR. So, tengok harga "WE BUY/BUYING". Maksudnya, diorang membeli matawang tu dari korang. Cara kira:-
Duit dalam matawang asing tu (Foreign $) x We Buy / Unit
Contoh 2:-
Baki ada USD 100
USD 100 x 3.2140 / 1 = RM 321.40
Baki ada THB 1000
THB 1000 x 9.1400 / 100 = RM91.40
So, kesimpulannya, kalau kita nak untung semasa membuat tukaran ke matawang asing, kita tengok harga membeli (WE SELL) yang paling rendah. Bila ada duit baki dan nak tukar balik ke MYR, kita tengok harga jual (WE BUY) yang paling tinggi. Pandai-pandai lah korang cari mana money changer yang berpatutan.
Yang pasti tukar duit kat airport mahal gila. Bureau De Change cekik darah. Habis aku terkena. Kurang duit shopping aku time nak pegi Vietnam hari tu.
Korang boleh jugak keluarkan duit cash dari ATM di luar negara. Tapi pastikan korang inform kepada bank terlebih dahulu supaya diorang boleh activekan untuk oversea withdrawal. Nak lagi senang, boleh activkan oversea withdrawal pakai CIMBclicks je. Tapi aku tak sure untuk bank lain. Untuk activkan secara call, bagitau nak pegi mana, dan berapa lama kat sana. Penting untuk inform diorang supaya senang bank nak track "kalau" ape-ape buruk yang berlaku kat account kita nanti.
Exchange rate yang digunakan untuk pengeluaran di luar negara ni adalah live rate daripada bank dan selalunya lagi murah daripada money changer. Tapi korang kena tau jugak caj tersembunyi yang dikenakan bila buat pengeluaran tu iaitu overseas widthrawal charge. Selalunya RM10-15 per transaction dan ikut jenis bank jugak. Untuk bank kita yang ada ATM machine kat sana selalunya takde caj, cth pakai kad atm CIMB untuk keluarkan duit di CIMBThai dan CIMB Niaga. Dan pastinya duit yang keluar ikut currency negara tu.
Untuk lebih mudah, cuba masukkan amount berapa nak tukar tu ke dalam widget nih. Dapat la anggaran berapa nanti. Cuma rate ini ialah live exchange rate yang mana akan diupdate setiap beberapa minit. Ia berbeza dengan rate di money changer sebab selalunya money changer akan markup sikit harga rate tu. Jadi sebab tu tak boleh nak depends sangat kepada rate online ni. Biasanya money changer akan update 2 kali harga dalam sehari.
|
Kbai.
p/s: Salam Aidiladha~