Ok guys. Selama ni aku memang tak paham macam mana nak buat tukaran mata wang especially bila nak pegi money changer. Main hentam aje. Sape untung, sape rugi.. aku pon dah pening.
Disebabkan aku nak buat tukaran currency tak lama lagi dan kebetulan hari ni aku kena kira sales dan buat tukaran currency, so aku pon google la sedikit sebanyak pasal cara-cara nak kira rates exchange nih, macam mana nak tengok kasi paham, apa itu "We Buy & We Sell" etc.
Ok yang ni penting.
Kalau kita nak buat tukaran ke matawang asing, kita kena tengok harga, "WE SELL/SELLING". Ni maksudnya, diorang (money changer) menjual matawang kepada kita. Ada formula nak kira:-
Duit yang kita nak tukar dalam Base Currrency (MYR) / We Sell x Unit.
Contoh 1:-
Nak tukar RM 1000 ke USD
RM 1000 / 3.3000 x 1 = USD 303.03
Nak tukar RM 1000 ke Thai Baht
RM 1000 / 10.9400 x 100 = THB 9140.76
Let say, lepas jenjalan sume.. korang ade duit baki lagi nak ditukar ke MYR. So, tengok harga "WE BUY/BUYING". Maksudnya, diorang membeli matawang tu dari korang. Cara kira:-
Duit dalam matawang asing tu (Foreign $) x We Buy / Unit
Contoh 2:-
Baki ada USD 100
USD 100 x 3.2140 / 1 = RM 321.40
Baki ada THB 1000
THB 1000 x 9.1400 / 100 = RM91.40
So, kesimpulannya, kalau kita nak untung semasa membuat tukaran ke matawang asing, kita tengok harga membeli (WE SELL) yang paling rendah. Bila ada duit baki dan nak tukar balik ke MYR, kita tengok harga jual (WE BUY) yang paling tinggi. Pandai-pandai lah korang cari mana money changer yang berpatutan.
Yang pasti tukar duit kat airport mahal gila. Bureau De Change cekik darah. Habis aku terkena. Kurang duit shopping aku time nak pegi Vietnam hari tu.
Korang boleh jugak keluarkan duit cash dari ATM di luar negara. Tapi pastikan korang inform kepada bank terlebih dahulu supaya diorang boleh activekan untuk oversea withdrawal. Nak lagi senang, boleh activkan oversea withdrawal pakai CIMBclicks je. Tapi aku tak sure untuk bank lain. Untuk activkan secara call, bagitau nak pegi mana, dan berapa lama kat sana. Penting untuk inform diorang supaya senang bank nak track "kalau" ape-ape buruk yang berlaku kat account kita nanti.
Exchange rate yang digunakan untuk pengeluaran di luar negara ni adalah live rate daripada bank dan selalunya lagi murah daripada money changer. Tapi korang kena tau jugak caj tersembunyi yang dikenakan bila buat pengeluaran tu iaitu overseas widthrawal charge. Selalunya RM10-15 per transaction dan ikut jenis bank jugak. Untuk bank kita yang ada ATM machine kat sana selalunya takde caj, cth pakai kad atm CIMB untuk keluarkan duit di CIMBThai dan CIMB Niaga. Dan pastinya duit yang keluar ikut currency negara tu.
Untuk lebih mudah, cuba masukkan amount berapa nak tukar tu ke dalam widget nih. Dapat la anggaran berapa nanti. Cuma rate ini ialah live exchange rate yang mana akan diupdate setiap beberapa minit. Ia berbeza dengan rate di money changer sebab selalunya money changer akan markup sikit harga rate tu. Jadi sebab tu tak boleh nak depends sangat kepada rate online ni. Biasanya money changer akan update 2 kali harga dalam sehari.
FreeCurrencyRates.com |
FreeCurrencyRates.com |
Kbai.
p/s: Salam Aidiladha~
27 comments
Terima kasih untuk tips! Membantu2 :) Ahad lepas tgk WE SELL ke USD 3.37. Sebelum tu 3.40. Semalam tengok 3.30. Terus saya tukar! Tapi nak tanya. Biasanya kat money changer memang dia akan bagi duit besar ye? Dah 3 kali dapat duit nilai besar sehilai. Kita boleh request ke untuk duit kecik?
ReplyDeletePlease & tq!
Aduhhh.. Sori sori. Dah berkurun lama baru nampak reply. Mmg kebanyakan money changer kasi duit besar2 je. Mungkin susah diorang nk pecahkan duit kot. Kebiasaannya kalau sy tukar duit sy akan genapkan duit tu, cth 100 usd, 150 usd, etc.
DeleteHye sye tnye . Duit cortia xleh tukar ek kt money changer ? Email me nurfarahdibaafzanzainalabidin@yahoo.com
DeleteHye sye tnye . Duit cortia xleh tukar ek kt money changer ? Email me nurfarahdibaafzanzainalabidin@yahoo.com
DeleteAda salah information sikit awak tulis nih, kalau tukar RM ke SGD kne tgok yg beli, betul dh tu, tp beli dlm kurungan Sell, salah tu, sptutnya Buy lah.
DeleteMne2 money changer pn akn gn formula yg sme ke?
ReplyDeleteYa.. sama. :)
Deletesaam kak,Boleh tanya,saya ada 20dolar sekeping sahaja,money changer terima ka sekeping sahaja?
DeleteNak tanya gak, masa tukar money changer ada cas extra tak, cthnya service fee.. Kot2 dh kat kaunter mereka bawa duit cukup2 skali ada extra cas naya la.. hehe
ReplyDeleteTakde extra fee. Dia akan kira ikut rate kat board tu.
Deletenak tanya, yang nilai "unit" dekat formula tu nilai apa ye?
ReplyDeleteha ah sy pun tertanya-tanya cmne nk tentukan nilai unit tu?
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam . saya tolong jawab ye. kalau tak silap unit tu nilai pertukaran ikut matawang negara.
DeleteCth, kalau malaysia kita guna unit 1 lah. rm1.. kalau korea biasanya 1000 won. kalau thailand 100 bath. macam tu lahh. tak reti nak explain. hahahha
This comment has been removed by the author.
DeleteThank you for the info. Im been trying to know more about all of this money exchange for my presentation. May Allah bless u always.
ReplyDeleteInfo ni sgt berguna utk new traveler! Thanks ;)
ReplyDeletePada peringkat umur berapa yang tidak dibenarkan untuk menukar mata wang asing?? Runsing
ReplyDeleteMeniaga duit tukaran asing seperti beli ketika murah jual ketika mahal, ada experience untuk share?TQ, salam.
ReplyDeleteSaya nak tanya sdkit boleh tuan...
DeleteAssalam....akak....klau duit dollar sg nk tukar ke nidar kuwait ok kee?
ReplyDeleteLps tu tukar lg ke malaysia
Agak2 reliven kee??
boleh juga nih tipsnya, semoga makin bermanfaat buat yang ingin umroh..jangan lupa untuk tetap gunakan travel umroh yang terdaftar di departemen agama agar perjalanan umroh Anda nyaman
ReplyDeleteThank you so much🙏🏻sangat2 membantu kak 😃
ReplyDeleteSo lot to occur over your amazing blog. Your blog procures me a fantastic transaction of enjoyable.. Salubrious lot beside the scene. 49.99
ReplyDeletesaya nk tanya ni orang amerika kirim duit ke malaysia mengguna kan mesin atm ada tak bayaran yuran atau duit usd tu autometik tukar duit malaysia
ReplyDeleteSatu perkongsian yang menarik. Kalau kita terrer dgnn tukaran mata wang ni sebenarnya bole gak guna utk cari duit poket. Tak lah sampai main forex , tapi tengok kadar turun naik mata wang jek dulu...
ReplyDeletehai.. nak tanya.. kalau contoh saya nak stay luar negara dalam 5 bulan, lebih baik saya tukar duit kat malaysia banyak2 dulu atau smpai sana baru gi atm buat keluar banyak2? Mana lagi rugi dan mana lagi untung?
ReplyDelete